Ruangan PelajaranSIMPULAN DAN IKATANSalah satu identiti seorang ahli pengakap adalah kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan.Kemahiran simpulan dan ikatan juga menjadi ukuran dan penilaian dalam ujian mendapatkan lencana-lencana pengakap. Berikut ditunjukkan beberapa simpulan dan ikatan yang biasa digunakan dan perlu dipelajari oleh setiap pengakap.
Bagi lencana keahlian: 

Kegunaan simpulan dan ikatan tali :
1.
Buku Sila (Reef Knot) Digunakan bagi mengikat balutan, mengikat dua hujung tali yang sama besar dan mematikan ikatan kain anduh.
2.
Bunga Geti (Sheet bend)Sesuai digunakan bagi menyambung dua tali yang tidak sama besar.
3.
Simpul Manuk (Clove Hitch)Sesuai digunakan bagi:
- Mengikat tali pada batang
- Mengikat tali sampan atau kapal semasa berlabuh
- Mengikat khemah pada tiang kayu
4.
Tindih Kasih (Bowline)Digunakan bagi menyelamat dan aktiviti menyelamat orang yang dalam kecemasan. Mengikat dan menarik kayu yang besar seperti kayu balak serta mengikat tali di leher haiwan seperti kambing, lembu ataupun kerbau.
5.
Lilit Dua Simpul (Round turn two half hitches)Sama kegunaannya dengan simpul manuk iaitu, berguna bagi mengikat kayu balak untuk ditarik dan juga mengikat kapal yang berlabuh.
6.
Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)Digunakan untuk mengelakkan hujung tali daripada terombak.
Nota* simpulan yang diterangkan di atas adalah untuk ahli pengakap yang didalam skim mendapatkan lencana keahlian.
Scout
Writes In The Log Book At 6:34 PG