Khamis, 26 Mac 2009
RUANGAN BERITARENUNGAN
"Scouting is not a waste of time. It contributes to academic success," said a Ministry of Education official.
In Singapore, top students attributed their academic success to their enrolment with scouts who taught them to be prepared, self reliant and disciplined, skills formed as the core value of scouts making them to be well-prepared for exams and lead a disciplined life, said Co-Curriculum Department Director Cikgu Arsad Hj Adis.
The very reason, he said, why in the not-too-distant future, the Ministry of Education will oblige students to enrol in least one uniformed club, be it in scouts, police cadets, girl guides or others.
The Department of Co-Curriculum is ready to assist the Brunei Darussalam Scouts Association to achieve its goal of enlisting 10,000 members, a vision the nation's scouting association is set to reach by 2013, said the director.
At the moment, there are only 1,018 scout members nationwide. It is a far cry from the 10,000-mark set by the 70-year-old scout association which was registered with the Boys Scouts Association in London in 1939, he said.
He spoke during the closing ceremony of a three-night camping activity by the members of the Brunei-Muara District scouts.
Today, there are 407 scout members with 44 leaders in Brunei-Muara District, 185 scout members with five leaders in Tutong District, 160 scout members and five leaders in Belait District and 51 scout members with 11 leaders in Temburong District, he said.
The department is ready to help the scouts to make the impossible (of reaching 10,000 members) into a possibility. No, the ministry is not limiting girls from joining any of the uniformed clubs.
With efforts such as this, it is hoped that more people will join the uniformed clubs, he said.
The Director of Co-Curriculum congratulated over 200 participants for successfully enhancing their skills, in particular their survivability skill.
He said, this is the type of skills, which the Minister of Education, Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Hj Mohamed in the past had stressed as an important aspect to prepare citizens to cope during critical times, for example, the time experienced by the nation in trying to cope with a spate of floods and landslides.
It is the aspiration of the Ministry of Education, he said, to provide a well-rounded education for Brunei students, a good balance between a formal academic studies and co-curriculum activities.
Co-Curriculum activities such as the boy scouts, teaches students to do well in academics, he said, adding that in Singapore, it was the discipline that taught them to prepare well for the examinations. Therefore, he said, scouting activity is not a waste of time.
Some 235 scout members and leaders from 10 secondary schools and colleges in the Brunei-Muara District took part in the camping.
Source : Borneo Bulletin bertarikh Khamis, 26hb Mac 2009.
Scout
Writes In The Log Book At 8:54 PG
Jumaat, 13 Mac 2009
RUANGAN PERKONGSIANTips pelajar cemerlang #2 – Dato`Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Scout
Writes In The Log Book At 6:48 PG
RUANGAN PERKONGSIAN BELAJARTips Belajar oleh Dato` Dr. Mohd. Fadzilah KamsahTip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.
Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.
Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.
Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
Tip 13
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
Tip 15
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.
Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.
Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.
Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 20
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.
Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.
Tip 24
Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.
Tip 25
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.
Tip 26
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.
Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
Tip 28
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.
Tip 29
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.
Tip 30
Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.
Tip 31
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.
Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.
Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.
Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.
Tip 35
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.
Tip 36
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.
Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.
Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.
Tip 39
Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.
Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.
Tip 41
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Tip 42
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
Tip 43
Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
Tip 44
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.
Tip 45
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.
Tip 46
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
Tip 47
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.
Tip 48
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
Tip 49
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.
Tip 50
Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.
Tip 51
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.
Tip 52
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.
Tip 53
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.
Tip 54
Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.
Tip 55
Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.
Tip 56
Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.
Tip 57
Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.
Tip 58
Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.
Tip 59
Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.
Tip 60
Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.
Tip 61
Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.
* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang
Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
Scout
Writes In The Log Book At 6:24 PG
RUANGAN BERITA LUAR NEGARAPENDIDIKANNIK NUR MADIHAH PEROLEH 20 A
KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.
Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.
Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.
Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.
Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik walaupun tidak dapat memecah rekod Azali Azlan, bekas pelajar SMK Agama Yan, Kedah yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.
Keputusan SPM Nik Nur Madihah bagaimanapun telah mengatasi rekod yang dipegang oleh dua pelajar cemerlang SPM 2006 di peringkat negara iaitu Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar.
Siti Fatimah yang belajar di sekolah yang sama dengan Nur Madihah, memperoleh keputusan 18 A dengan 17 1A dan 1 2A pada 2006 sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di Kelantan pada tahun itu.
Ditanya tentang pencapaiannya itu, Nur Madihah memberitahu, dia tidak mempunyai jadual waktu yang tetap.
''Saya belajar setiap masa yang terluang dan belajar apabila terasa mahu belajar tanpa terpaksa atau dipaksa," ujarnya yang memperoleh 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu.
Dia yang bercadang melanjutkan pengajian di Asia Barat memilih jurusan fizik kerana mendapati kurang orang Melayu menerokai bidang tersebut.

NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.
* PETIKAN BERITA DARI WWW.UTUSAN.COM.MY
Scout
Writes In The Log Book At 6:07 PG
RUANGAN PELAJARANSKIM LENCANA KECEKAPAN BAGI PENGAKAP MUDATerdapat beberapa lencana kecekapan yang ada didalam skim lencana Pengakap muda. Salah satu skim lencana kecekapan Pengakap Muda itu ialah
Tukang masak.Kehendak bagi lencana Tukang Masak1. Mengetahui bahasa masakan umum seperti : tumis, cincang, parut, seram kuku, manis- manis buah dan sebagainya.
2. Menyediakan bahan dan memasak dua jenis makanan daripada senarai berikut :-
a. Telur goreng
b. Pisang goreng
c. Bubur kacang
d. Sambal manis
e. Sup
f. Masak kicap
g. Asam pedas
h. Sayur campur
3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang tetamu masakan di bawah ini:-
a. Nasi Putih
b. Kari Daging
c. Sejenis masakan daripada sayur
d. Manisan
e. Kopi atau teh
4. Mengetahui prinsip memotong dan menghiris daging lembu / kambing dan daging ayam, sebelum dan selepas dimasak.
Scout
Writes In The Log Book At 3:15 PG
Khamis, 12 Mac 2009
RUANGAN PELAJARANMENGENAL CUACASetiap Pengakap patutlah boleh mengenal tanda-tanda cuaca,terutama sekali apabila pergi berkhemah.
Dia patut mengingat perkara-perkara berikut:
Merah di malam hari, kesukaan gembala biri-biri (alamat elok di hari esok).
Merah sebelah pagi, amaran kepada gembala (alamat hujan akan tiba).
Kuning waktu matahari terbenam, alamat angin akan mengancam.
Kuning pucat waktu senja, hujanlah alamatnya.
Embun dan kabus pagi hari, alamat cuaca baik sekali.
Jika fajar rendah, cuaca baik akan terserlah.
Fajar yang tinggi, alamat berangin sepanjang hari. (Fajar tinggi bererti matahari matahari tinggi di sebelah atas awan).
Jika awan lembut, cuaca baik akan menyambut.
Awan yang keras alamat angin seperti kipas.
Awan bergulung tanda angin kencang menyambung.
Awan hitam membawa hujan tak diam-diam.
Scout
Writes In The Log Book At 7:02 PG
RUANGAN PELAJARANALFABHET CODE:Alfabhet code adalah satu code komunikasi bagi ahli pengakap ketika mereka sedang menghadiri Jamboree Pengakap di udara atau lebih dikenali sebagai Jamboree On The Air (JOTA). Setiap ahli pengakap mestilah tahu akan code komunikasi ini kerana mereka akan berkomunikasi dengan rakan-rakan pengakap dari seluruh negera.
Alfabhet code:
a - alfa
b - bravo
c - charlie
d - delta
e - echo
f - foxtrot
g - golf
h - hotel
i - india
j - juliet
k - kilo
l - lima
m - mike
n - november
o - oscar
p - papa
q - quebec
r - romeo
s - sierra
t - tango
u - uniform
v - van
w - whiskey
x - x-ray
y - yankee
z - zulu
contoh perbualan:
Nama saya Hafiz. Saya eja nama saya Hotel alfa foxtrot india zulu.
Scout
Writes In The Log Book At 6:43 PG
Ruangan PelajaranSIMPULAN DAN IKATANSalah satu identiti seorang ahli pengakap adalah kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan.Kemahiran simpulan dan ikatan juga menjadi ukuran dan penilaian dalam ujian mendapatkan lencana-lencana pengakap. Berikut ditunjukkan beberapa simpulan dan ikatan yang biasa digunakan dan perlu dipelajari oleh setiap pengakap.
Bagi lencana keahlian: 

Kegunaan simpulan dan ikatan tali :
1.
Buku Sila (Reef Knot) Digunakan bagi mengikat balutan, mengikat dua hujung tali yang sama besar dan mematikan ikatan kain anduh.
2.
Bunga Geti (Sheet bend)Sesuai digunakan bagi menyambung dua tali yang tidak sama besar.
3.
Simpul Manuk (Clove Hitch)Sesuai digunakan bagi:
- Mengikat tali pada batang
- Mengikat tali sampan atau kapal semasa berlabuh
- Mengikat khemah pada tiang kayu
4.
Tindih Kasih (Bowline)Digunakan bagi menyelamat dan aktiviti menyelamat orang yang dalam kecemasan. Mengikat dan menarik kayu yang besar seperti kayu balak serta mengikat tali di leher haiwan seperti kambing, lembu ataupun kerbau.
5.
Lilit Dua Simpul (Round turn two half hitches)Sama kegunaannya dengan simpul manuk iaitu, berguna bagi mengikat kayu balak untuk ditarik dan juga mengikat kapal yang berlabuh.
6.
Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)Digunakan untuk mengelakkan hujung tali daripada terombak.
Nota* simpulan yang diterangkan di atas adalah untuk ahli pengakap yang didalam skim mendapatkan lencana keahlian.
Scout
Writes In The Log Book At 6:34 PG
Isnin, 9 Mac 2009
SAMBUTAN HARI MAULIDUN RASUL Dengan ini, kami dengan tulus ikhlas mengucapkan `SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUN RASUL` kepada semua muslimin dan muslimah di tanah air kita dan kepada semua ahli-ahli Pengakap di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung pada hari ini 9 mac 2009.
sekian.
salam dari troop 2008 unit Pengakap Remaja Ibu Pejabat
Persatuan Pengakap Daerah Tutong.
Scout
Writes In The Log Book At 6:17 PG
BERITA DALAM NEGERIBRUNEI TERSENARAI DALAM GWRPada 23 Februari yang lepas, Negara Brunei Darussalam telah menerpa sejarahnya apabila berjaya menyediakan sate terbanyak di dunia atau` THE LARGEST SERVING OF GRILLED SATAY IN THE WORLD` dan sekali gus meletakkan Negara ini dalam
Guinness World Records (GWR).Bagi tujuan pengiktirafan pencapaian rekod tersebut, Restoran Tarindak, Royal Brunei Polo and Riding Club telah mendatangkan seorang Pengadil Eksekutif daripada GWR London, Talal Omar.
Khusus bagi penciptaan dan pencapaian rekod yang disasarkan pihak Restoran Taridak kelab berkenaan telah menyediakan daging ayam seberat 1184 kilogram dengan mengambil sukut Sambutan Pengisytiharan Hari Kemerdekaan Negara iaitu pada 1 Januari 1984.
Sebanyak 25,000 cucuk sate telah dapat dibakar pada setiap pembakaran dan di hari tersebut sebanyak tiga pembakaran dibuat dan menjadikan jumlah sate yang dibakar sebanyak 75,000 cucuk.
Apa yang sangat menarik perhatian di majlis pelancaran ini, sate-sate berkenaan diberikan secara percuma kepada fakir miskin anak-anak yatim dan orang-orang tertentu dan Majlis Penyampaian Sumbangan Bagi Pelunasan Tunggakan dan Bayaran Setahun Pinjaman Perumahan Untuk Warga emas Pilihan.
(Hasil Dari Petikan Pelita Brunei)
28 Februari 2009
Scout
Writes In The Log Book At 5:53 PG
Jumaat, 6 Mac 2009
PERBINCANGANTajuk : Bagaimanakah saya mempositifkan kegiatan melepak?Di zaman yang serba canggih dan maju ini sering menjadi penyebab remaja lupa diri, lupa tanggungjawab. Mereka mudah terpengaruh pada banyak hal yang kurang mendatangkan menafaat dalam erti kata yang lain membuat kegiatan yang merugikan terutama apabila mereka kurang bijak menggunakan masa.
Bila disebut ‘lepak’ ia akan memberi erti membuang masa dengan tidak mendatangkan hasil. Remaja-remaja yang suka melepak sering dikaitkan dengan gejala sosial, rosak akhlak , menagih dadah dan seumpamanya. Kesan buruk ini patut remaja sedari kerana akibatnya merugikan diri sendiri apatah lagi ibu bapa. Tidak semua remaja yang melepak itu tidak baik akhlaknya kerana ada diantara mereka itu terikut-ikut saja, kata orang
“ Seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit“
Dengan menyedari kesan buruk dari melakukan kegiatan lepak tanpa tujuan disertai dengan pemilihan rakan yang tidak tepat dan masa yang tidak dikawal lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada remaja dari segi akhlak dan amalan harian mereka. Sebagai remaja yang punya masa depan perlu waspada ketika melepak. Lakukanlah kegiatan yang lebih mendatangkan menafaat pada pembangunan minda, sosial , keagamaan, pelajaran dan seumpamanya kearah yang lebih positif.
Saya berfikir, ramai diantara kita tidak cuba menjelaskan kepada remaja bahawa melepak itu menimbulkan banyak andaian yang kurang elok pada remaja yang melakukannya , tetapi jika kita lakukan kegiatan melepak itu dengan satu rancangan yang bertujuan baik dan kawalan masa yang tertentu serta tempat yang bersesuaian, umpamanya melipak dengan rakan sedarjah untuk mengulang kaji pelajaran di rumah salah seorang rakan dibawah kawalan ibu bapa, saya rasa jika tujuannya dipatuhi walaupun kita lepak setengah hari dengan tidak meninggalkan tanggungjawab hasilnya pasti baik.
Dari keadaan diatas saya cuba mengkongsikan bagaimana melepak boleh memberi makna pada remaja.
Banyak perkara yang saya lakukan dapat di positifkan pada hari-hari yang berikut seperti hari ahad,hari Jumaat , hari sekolah , hari kelepasan awam, dan semasa cuti persekolahan.
Diantara perkara-perkara itu ialah
1. Berbincang isu semasa dari surat khabar bersama tiga atau empat orang rakan
2. Merancang mencari pengalaman diluar rumah bersama rakan umpamanya membuat pemerhatian atau kajian sosial, masyarakat dan mana-mana yang dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan.
3. Menonton rancangan television berbentuk pendidikan , kemanusiaan, motivasi, pengtahuan sains –Geo – sejarah dan seumpamanya
4. Melayari Internet berbincang isu semasa besama rakan – rakan
5. Mini forum dalam kumpulan yang berkisar isu-isu atau masalah dalam pendidikan dan pembelajaran di sekolah
6. Mengulangkaji pelajaran besama rakan sebaya
7. Bersama-sama kawan ke masjid belajar tentang agama
8. Menyertai mana-mana kumpulan yang menjalankan kerja kemasyarakatan
9. Menyertai latihan dan kegiatan badan-badan berunifom
10. Menyertai kegiatan /sambutan-sambutan yang melibatkan pasukan
Perlu diingat, kita hendaklah melantik seorang dewasa sebagai mentor atau pemimpin atau pemerhati atau pengajar ketika kita melakukan kegiatan ini. Sebaiknya orang yang dekat dan kita kenali seperti ibu bapa , Guru , Imam, dan rakan.
Kawan yang menjadi teman melepak hendaklah punya banyak persamaan dengan kita seperti kurang mempengaruhi perkara yang diluar kemampuan dan kebiasaan yang kurang baik. Dapatkan isu-isu baru dan mencabar. Mengulang kaji pelajaran dengan rakan sebaya adalah lebih bermenafaat. Suasana di masjid juga adalah tempat yang dapat mengurangkan tekanan.
Scout
Writes In The Log Book At 6:43 PG
WORLD SCOUTS NEWSHeroic Scout honoredYouth saved dad with bee allergyBy Rasheed Oluwa • Poughkeepsie Journal • February 25, 2009
It's one of the most defining points in the relationship Ray Erlacher shares with his son, but the two rarely talk about it.
Erlacher said it was enough he was able to watch his 15-year-old son, Michael Erlacher, receive the Boy Scouts of America's National Heroism Award Monday night during Fishkill-based Troop 86's annual advancement ceremony.
"It's not easy to talk about," Erlacher said of the incident that precipitated the award. "I just thank God that he was able to put it all together and remain calm."
On Aug. 13, 2006, Ray and Michael Erlacher went outside to their backyard in Hopewell Junction to dig up worms to use for fishing. While digging, they came across a beehive and Ray Erlacher learned a nearly fatal lesson - he was allergic to bees.
Michael Erlacher noticed his father was woozy and unable to move. His mother Natalie, a surgical nurse, was grocery shopping so Michael Erlacher took matter into his own hands as his father went into anaphylactic shock.
He called 911 and followed the dispatcher's instruction. He also had the presence of mind to remember his sister Stephanie, now 10, also is allergic to bees. So he used his sister's epinephrine pen to help stabilize his dad until paramedics arrived.
Michael Erlacher doesn't remember what he said to his dad when he was released from the hospital several hours later.
"I was just happy that he didn't die," said Michael Erlacher, who holds a star rank with Troop 86.
He has been recognized on a number of occasions, but the heroism award may have been one of his largest acknowledgements.
Out of about 3 million Boy Scouts in the U.S., only 126 received heroism awards last year, according to the national Boy Scouts of America office in Texas.
John Erskine, the director of the Dutchess County district for the Boy Scouts of America, said the only award higher than the one Michael received is given to a Scout who saves a life with a severe risk to their own life.
"I've been with the Boy Scouts for 15 years and this is the first time I have given out a heroism award," Erskine said.
Though he may have been awarded the heroism award, Michael Erlacher said he does not consider himself a hero.
"I just did what I had to do," he said.
Scout
Writes In The Log Book At 6:37 PG
Selasa, 3 Mac 2009
SUDUT JENAKACermin MataSeorang lelaki telah pergi ke sebuah klinik mata untuk membuat pemeriksaan ke atas matanya. Setelah matanya diperiksa, dia segera bertanya :
“Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain???
“Sudah tentu,” jawab doktor sambil mengangguk-angguk.
“oh, seronoknya!!”
“ Kenapa kamu seronok sangat? Ini perkara biasa,” ujar doktor.
“Mestilah saya seronok, doctor! Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca dengan cermin mata ni!” jawab lelaki itu dengan senyuman yang lebar.
Scout
Writes In The Log Book At 9:18 PTG
SUDUT JENAKABilang KeldaiKhabarnya suatu ketika dulu Abdul Quddus telah membeli sepuluh ekor keldai dari seorang penjual. Setelah membeli keldai-keldai tersebut, dia pun membawanya pulang. Untuk menyakinkan bahawa bilangan keldainya cukup, dia pun duduk di atas salah seekor keldai dan membilangnya satu persatu.
Tiba suatu ketika dia menjadi marah kerana keldai yang dibilangnya tidak cukup sepuluh. Disangkanya penjual keldai telah menipunya; yang dia beli sepuluh tetapi yang ada hanya sembilan ekor sahaja.
Dengan segera Abdul Quddus melompat turun dari keldai tersebut. Lagi sekali dibilangnya keldai di depan matanya. Tiba-tiba bilangan jadi sepuluh. Abdul Quddus semakin pening.
Scout
Writes In The Log Book At 9:14 PTG
Isnin, 2 Mac 2009
KESIHATANMENGHISAP ROKOKSetiap Pengakap pasti mengetahui Undang-undang Pengakap.Tetapi ada satu undang-undang yang tidak bertulis, dan setiap Pengakap juga mengetahuinya. Ia adalah:
“
Pengakap itu bukanlah seorang yang bodoh”. Kerana itulah Pengakap tidak merokok masa mereka masih membesar.
Setiap budak boleh merokok. Ia bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Tetapi seorang Pengakap tidak akan melakukannya kerana dia bukanlah seorang yang bodoh. Dia tahu apabila seorang budak merokok sebelum dia cukup dewasa,jantungnya akan lemah sedangkan jantung itu adalah anggota yang paling penting dalam badan seorang budak. Ia mengepam darah ke seluruh badannya untuk membentuk daging, tulang dan otot-otot. Jika jantung itu tidak menjalankan kerjanya, budak itu tidak boleh membesar dengan sihatnya.
Semua Pengakap juga tahu bahawa merokok akan merosakkan daya penghidu yang amat penting kepadanya bagi menjalankan kegiatannya sebagai seorang Pengakap yang cergas.
Sebilangan besar ahli sukan, askar, kelasi kapal dan lain-lain tidak merokok. Mereka mendapati bahawa mereka boleh bergiat lebih cergas lagi dengan tidak menghisap rokok.
Tiada seorang budak pun mula merokok oleh kerana dia menyukainya. Biasanya dia cuma merokok sama ada kerana dia takut digiat oleh budak-budak lain atau pun kerana merokok itu dia merasa bahawa dia sudah besar. Sebenarnya dengan merokok dia cuma kelihatan seperti
seekor keldai.
Oleh itu tetapkanlah hati yang kamu tidak akan merokok sehingga kamu sudah cukup dewasa, dan berpegang teguhlah dengan ketetapan itu. Ini akan lebih menunjukkan kamu sebagai seorang jejaka perkasa dan bukannya seorang yang mengada-ngada dengan sebatang rokok di celah bibirnya. Kawan-kawan kamu akan lebih menghormati kamu dan mungkin pula dalam diam-diam mereka mengikut contoh kamu.
Scout
Writes In The Log Book At 11:24 PTG
(
MASAKAN PENGAKAP)
Nasi Dalam BuluhBiasanya hanya lemang sahaja dimasak di dalam buluh.tetapi kaedah ini boleh digunakan bagi memasak nasi. Seperti membuat lemang, nasi yang dimasak di dalam buluh mempunyai keenakan tersendiri. Berikut adalah penerangan dalam menyediakan masakan itu.
Bahan-bahan:
1. Beras
2. Buluh yang masih muda (buluh hijau) yang nipis seperti buluh air, buluh padi
atau buluh lemang.
3. Daun pandan
Cara-cara menyediakan:
1. Potong buluh seperti memotong buluh membuat lemang.
Ruas bahagian bawah buluh tersebut jangan dibuang.
2. Bersihkan buluh dan masukkan daun pisang sebagai alas.
3. Masukkan beras yang dibasuh kedalam buluh.
4. Masukkan air jangan sampai melimpah.
5. Untuk menjadikan nasi tersebut wangi masukkan sesuku daun pandan.
6. Letakkan buluh tersebut berhampiran bara api.
7. Pastikan buluh tersebut mendapat kepanasan api dengan rata. Caranya, dengan
memusingkan buluh tersebut.
8. Tunggu sehingga nasi masak.
Kaedah ini boleh juga digunakan bagi memasak ikan seperti merebus ikan, membuat gulai tempoyak ikan dan membuat singgang ikan.
'SELAMAT MENCUBA'
Scout
Writes In The Log Book At 6:22 PTG
Ucapan Tahniah ini ditujukan kepada semua ahli Pengkap yang telah berjaya didalam peperiksaan mereka. Disamping itu juga diucapkan selamat memulakan persekolahan bagi ahli Pengakap yang telah berjaya memasukki Tingkatan enam yang bermula pada hari ini.
Selamat Maju Jaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
Scout
Writes In The Log Book At 5:48 PG