<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3854155120828092104?origin\x3dhttp://onventure.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Jumaat, 27 Februari 2009


25hb – 26hb Januari yang lalu, Unit Pengakap Remaja 2008 Ibu Pejabat, Persatuan Pengakap Daerah Tutong, telah mengadakan satu aktiviti iaitu mendaki ke BUKIT BATU BUJANG PAHANG yang terletak di Kampong Menunggol,Pulau Berambang.





Seramai 18 orang ahli Pengakap,Persatuan Pengakap Daerah Tutong yang terdiri daripada ahli Pengakap Remaja telah menyertai aktiviti ini sambil diiringi oleh 2 orang Pemimpin Pengakap.





Tujuan aktiviti ini diadakan bukan saja untuk meningkatkan kecergasan dan minda malah ianya bertujuan untuk menanamkan semangat berkumpulan ,keberanian dan kecekalan setiap ahli ketika menghadapi kesulitan. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli Pengakap dan bekerja sebagai satu kumpulan yang baik.





Para peserta memulakan perjalan mereka dari Ibu Pejabat Pengakap Persatuan Pengakap Daerah Tutong dengan menaikki kereta menuju ke perkarangan letak kereta Sekolah Rendah Pintu Malim. Dari sini, kami menaikki bot di jeti Kampong Pintu Malim menuju ke jeti Pulau Berambang.








Dari jeti, kami berjalan kaki menuju ke rumah Ketua Kampong Menunggol.Disini kami sempat mengkaji selidik tentang sejarah dan kehidupan orang-orang kampong ini.





Untuk sampai kepuncak Bukit ini, para peserta perlu mendaki setinggi 0.9km, dimana sebahagian kecil laluan ini ialah melalui anak-anak tangga yang disediakan.



Ketika di Puncak Bukit Batu Bujang Pahang..





Disini kami paparkan Log perjalanan ketika aktiviti ini dijalankan.

log perjalanan:

-bertolak dari Hq Pengakap Daerah Tutong
-sampai ke kawasan letak kereta Sekolah Rendah Pintu Malim
-Menyeberang ke pulau kg menunggol
-berjalan kaki dari Jeti ke rumah ketua kampong
-kaji selidik di rumah ketua kampong
-menunaikan sembahyang fardhu zuhor di masjid
-sampai di kaki bukit Bujang Pahang
-mendirikan kem
-menyediakan makan malam
-hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan kem
-taklimat malam
-tidur
-menunaikan sembahyang fadhu subuh
-menyediakan serapan pagi
-bertolak menuju ke puncak bukit
-sampai di kawasan puncak bukit
-menyiapkan tugasan yang diberikan
-berehat makan
-mula turun ke bukit yang curam
-sampai ke kaki bukit
-besiap-siap untuk balik
-membersihkan kawasan perkhemahan
-balik ke jeti
-sampai di kawasan sekolah Pintu malim
-balik ke Ibu Penjabat Pengakap Daerah Tutong
-bersurai

Kami mewakili Persatuan Pengakap Daerah Tutong mengucapkan jutaan`terima kasih` kepada ketua kampong dan penduduk-penduduk Kampong Menunggol atas kerjasama dan keperihatinan abiskita semua.

kalau ada sumur diladang
bolehkah kami menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
bolehlah kita berjumpa lagi..

Scout
Writes In The Log Book At 5:58 PG



Selasa, 24 Februari 2009
23hb Februari 2009,Isnin- Hampir semua ahli pengakap dari Daerah Tutong mengikuti perbarisan lalu di hari yang bersejarah ini iaitu Hari Kebangsaan yang bertemakan 'kedewasaan bernegara'adalah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Brunei.. Dengan Gabungan ahli-ahli Pengakap dari Daerah lain.. Dengan Tema 'Kedewasaan Bernegara' kami bersyukur,sebagai rakyat Brunei,kami dapat menyaksikan hari yang penuh dengan sejarah ini..

too all Bruneians.. Happy National Days.. :)

Scout
Writes In The Log Book At 7:22 PG



onventure.Blogspot.Com

Blogger.
Administrator

Ibu Pejabat Pengakap
Persatuan Pengakap Daerah Tutong
Ahad–15 Februari 2009
Blog ini telah diterbitkan
Tujuan blog ini direka ialah
supaya kami dapat mengkongsi sama
apa yang kami perolehi dari kegiatan berpengakap
dari segi aktiviti,pengalaman yang kami lalui,
pandangan,dan tentang kaedah belajar dalam dan luar darjah
dalam peningkatan minda

Escape
Venture Scout Web Album
Habibah
Friend
Friend
Friend


In Memories
Februari 2009
Mac 2009

Thanks For The Visit!





Thanks!
Designer: [969]

Don't Forget To Leave Text
Or Else The C.Box Will Keep On Following You